Assalamualaikum semua...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Masih Syawal lagi. Baru Syawal yang ke 13.
Hari-hari saya membaca email, FB, blog mentor2 hebat Shaklee yang pada zahirnya saya tidak kenal mereka.Rata-rata kenal melalui alam maya.
Alam maya bermaksud kenal mereka melalui penulisan mereka di FB, di blog mereka.
Pada saya mereka sangat memberi inspirasi!
Mereka penuh dengan idea-idea dan nasihat-nasihat yang amat berguna kepada saya dan mereka yang baru dalam dunia perniagaan online atau alam maya ini.
Antara blog yang saya suka ialah MamaFaiz, Puteri Yusof dan The CEO Momma...ada banyak lagi blog-blog lain.
Blog Namee Roslan, Cik Epal juga antara yang saya suka baca.
Pada saya, blog ini ibarat diari yang di dalamnya boleh dicatatkan, diceritakan, dicoretkan, dikongsikan...untuk panduan orang lain di luar sana.
Melalui penulisan mereka, saya mempelajari banyak benda!
Saya berazam untuk menulis setiap hari.
Terima kasih kerana membaca!
Roqiyah Nur
0122875940