Thursday, December 1, 2016

Mengemaskini blog

Rasanya blogku kini dh berabuk bersarang labah-labah sebab lama tidak dijenguk dan di'update'.
Saya sangat suka blog walking...banyak cerita yang berfaedah yang boleh diambil untuk iktibar dan panduan diri sendiri.


Friday, March 4, 2016

Hari terakhir di sini...

3/2/2014

Hari lapor diri di sini
suasana baru
bos baru
kawan baru
projek baru
belajar benda baru

Site
meeting
contract
RFP
Proposal
tender
methodology
man-month
macam2

Panas
Hujan
Sejuk aircond
Matahari terik

18/2/2015

Senat luluskan sarjana
tunggu konvo
sahabat susah senang
penguat semangat
dari Penang

Suami sokong
keizinan sokongan restu
dugaan menjelma
sakit datang

Keluarga sokong
doa restu
nasihat dan bebelan

1/8/2015

Seorang demi seorang sahabat di sini
berlalu pergi
offer lebih baik
lebih jaminan masa hadapan
dengan harapan
berhubungan melalui maya

8/1/2016

email untuk temuduga
rezeki datang

4/3/2016

hari terakhir di sini
terima kasih
tunjuk ajar
dari mula dengan sabar

last but not least


Wednesday, July 29, 2015

Cabaran baru

Assalamualaikum semua...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Masih Syawal lagi. Baru Syawal yang ke 13.

Hari-hari saya membaca email, FB, blog mentor2 hebat Shaklee yang pada zahirnya saya tidak kenal mereka.Rata-rata kenal melalui alam maya.

Alam maya bermaksud kenal mereka melalui penulisan mereka di FB, di blog mereka.

Pada saya mereka sangat memberi inspirasi!
Mereka penuh dengan idea-idea dan nasihat-nasihat yang amat berguna kepada saya dan mereka yang baru dalam dunia perniagaan online atau alam maya ini.

Antara blog yang saya suka ialah MamaFaiz, Puteri Yusof dan The CEO Momma...ada banyak lagi blog-blog lain.

Blog Namee Roslan, Cik Epal juga antara yang saya suka baca.

Pada saya, blog ini ibarat diari yang di dalamnya boleh dicatatkan, diceritakan, dicoretkan, dikongsikan...untuk panduan orang lain di luar sana.

Melalui penulisan mereka, saya mempelajari banyak benda!

Saya berazam untuk menulis setiap hari.

Terima kasih kerana membaca!

Roqiyah Nur
0122875940


Tuesday, March 17, 2015

38 tahun 2 hari

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis...nk dkt setengah tahun lah jugak...tetapi masih membaca meneliliti blog blogger hebat...mengikuti perkembangan sahabat2 Shaklee...walau tidak bertentang mata...

Keluarga
Alhamdulillah thumma alhamdulillah...genap 38 tahun 2 hari..alhamdulillah..syukur kpd Allah SWT kerana masih bernafas, sihat, bahagia, ada suami, ada umi, abah, adik2, adik2 ipar, anak2 buah..ada semua..ada kerjaya ada pelajaran ada sahabat2..ada saudara mara...ada keluarga besar...

Birthday
15 Mac 1977...15 Mac 2015...Ahad...genap 38 tahun...berada di umah umi abah...ke sana Jumaat malam..tidur sana sehingga Ahad...Sabtu ke Serdang menghadiri anak sahabat umi di IMR kahwin, tak ingat pulak nama Dr tu..nama anak dia sama ngn nama cucu umi..Syazani..


Pelajaran
Sejak hujung tahun lepas, 2014...sibuk bertungkus lumus, berulang alik ke Skudai, untuk menyiapkan thesis Master...alhamdulillah...dh lulus...tunggu konvo..

SPM
Pra
Diploma
Ijazah
Sarjana
PhD

Semua level dh ada..cuma tinggal 1 level je lagi..in Shaa Allah if ada rezeki lain...amin..

Ada banyak lagi yang diceritakan...akan bersambung...




Monday, October 27, 2014

Hujan dan demam

Kebelakangan ini cuaca tidak menentu..hujan pada petang hari atau malam hari atau pagi hari...kene kurangkan aktiviti di luar rumah...sebab penyakit juga senang datang bila cuaca sebegini...

Sunday, October 26, 2014

Musim demam...

Dua tiga menjak ni kedengaran kawan2 sahabat2 saudara mara demam...masing2 demam...ada demam biasa..ada demam panas..ada demam denggi...ada yg demam campak...chicken pox katanya...apa sebab?mungkin sebab kurang minum air...lambat dpt detect ke...kalo kene demam selsema plak...hidung berair je...kene banyk minum air...bukan air batu...air suam ye...

Boleh cuba madu dan lemon.. kalo sakit tekak pulak...ais krim adalah penawarnya...ais krim yg buat sendiri lagi sedap..

#sayajualshaklee
Roqiyah nur 0122875940

Saturday, October 25, 2014

1 Muharram 1436H

Sekejap je masa berlalu...setahun dh berlalu..salam maal Hijrah..